Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk /Dato’/ Prof /Dr./Tuan /Puan,
CERAMAH UMUM PUSAT PERMATApintar Negara UKM Siri 1/2018: UNDERSTANDING YOUR GIFTED CHILD
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.         Sukacita memaklumkan bahawa Pusat PERMATApintar Negara UKM program dibawah Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan ceramah umum merujuk kepada ketetapan berikut:
Tarikh             : 22 September 2018 (Sabtu)
Masa               : 9.00 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat           : AUDITORIUM, PUSAT PERMATApintar®NEGARA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (Google Maps: https://goo.gl/maps/Z24UUE2woCz)
Penceramah   : Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak, Pengarah Pusat PERMATApintar Negara
3.         Ceramah umum ini adalah dibuka kepada orang awam dengan jumlah penyertaan yang terhad seramai350 peserta sahaja. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Untuk maklumat lanjut berkaitan program dan pautan pendaftaran, sila klikhttps://docs.google.com/forms/d/1FISqHlwRtFmPdAnMrpG6m9NV09nVR9H7r5QhBChK3yc/viewform?edit_requested=true bagi mereka yang berminat atau berhubung terus dengan urusetia ke alamat emelztarifin@ukm.edu.my atau syakirsaad@ukm.edu.my.
4.         Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk /Dato’/ Prof /Dr./Tuan /Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“Berkhidmat Untuk Negara”
NOR FADZLIN BT HJ KAMARUDDIN
Unit Komunikasi Korporat
Bahagian PERMATA | Kementerian Pendidikan Malaysia
03-8880 5129 (T)    03-8880 5166 (F)   fadzlin@permata.jpm.my
Kongsi :

Cikgu Kamal Azrul

Post A Comment:

0 comments so far,add yours